(Nota/peringatan: Tulisan
ini hanyalah menurut ulasan peribadi dari penulis sahaja, dan tidaklah mewakili
mana-mana aliran gereja.)
___________________________________
20. Lalu Nuh
mendirikan mezbah bagi Tuhan; dari segala binatang yang tidak haram dan dari
segala burung yang tidak haram diambilnyalah beberapa ekor, lalu ia
mempersembahkan korban bakaran di atas mezbah itu. 21 Ketika Tuhan mencium
persembahan yang harum itu, berfirmanlah Tuhan dalam hati-Nya: "Aku takkan
mengutuk bumi ini lagi karena manusia, sekalipun yang ditimbulkan hatinya
adalah jahat dari sejak kecilnya, dan Aku takkan membinasakan lagi segala yang
hidup seperti yang telah Kulakukan. 22 Selama bumi masih ada, takkan berhenti-henti musim
menabur dan menuai, dingin dan panas, kemarau dan hujan, siang dan malam."(Kejadian 8:20-22)
Sekilas dibaca, petikan di atas seolah-olah seperti
cerita dongeng belaka. Namun demikian, Yeshua pernah berkata,
"Perkataan-perkataan-Ku ialah roh dan hidup." Walaupun petikan di
atas berasal daripada Perjanjian Lama (karya Yahuwah), Kristus dan Yahuwah
berasal daripada Roh Tuhan yang Esa dan sama.
Jika diumpamakan dengan kewujudan molekul air yang
terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen, Tuhan yang Esa itu
adalah seperti molekul air tersebut. Molekul air boleh memanifestasikan diri
dalam bentuk cecair, ais (pepejal), dan wap (gas), tetapi komponen atomnya
tetap sama dan tidak berubah, iaitu dua atom hidrogen dan satu atom oksigen.
Anak merupakan kewujudan yang boleh dilihat
(visible) oleh mata kasar manusia, namun Roh-Nya tetap bersifat Ilahi. Roh Bapa
pula merupakan kewujudan yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia.
Sementara itu, Roh Kudus ialah kewujudan khusus untuk berkomunikasi dengan roh
manusia yang ditebus oleh Tuhan, atau Roh Ilahi yang mengurapi anak-anak
tebusan-Nya.
Kedalaman keesaan Tuhan sangat tidak terjangkau
oleh kapasiti intelek manusia. Bagaimanakah mungkin Bapa, Anak, dan Roh Kudus
itu merupakan satu Roh? Namun begitu, roh boleh menjadi "satu",
meskipun kelihatan seolah-olah banyak.
Lihat sahaja pelangi; pelangi kelihatan mempunyai
tujuh warna asas, padahal sebenarnya pelangi berasal daripada satu cahaya yang
tidak berwarna (colorless light). Cahaya tersebut kelihatan menjadi tujuh warna
disebabkan oleh kesan prisma (prism effect). Tuhan kelihatan sebagai Tiga
Peribadi (Tritunggal/Trinitas) atau tujuh roh menorah disebabkan oleh rancangan
dan karya Tuhan untuk menyelamatkan umat manusia.
Karya pendamaian itulah yang menyebabkan Roh Tuhan
seolah-olah kelihatan sebagai Tiga Peribadi, malah dinubuatkan juga sebagai
tujuh roh, tujuh mata, dan tujuh tanduk untuk karya penghakiman dan
penghukuman. Semua itu berlaku disebabkan oleh rancangan pendamaian Tuhan yang
memerlukan karya Bapa, karya Anak, dan karya Roh Kudus.
Bapa tidak mempunyai darah, tetapi Anak Allah Yang
Mahatinggi mempunyai darah untuk pendamaian, lalu menetapkan diri-Nya sebagai
penggenapan Anak Domba Allah dalam Firman Bapa Yahweh (seperti dalam Yesaya 53;
Yohanes 1:29; Mazmur 40:7–9). Roh Kudus pula hadir untuk menjadi "roh
komunikasi" antara Roh Allah Bapa dengan roh manusia yang telah ditebus
oleh darah suci Yeshua (rujuk Yoel 2:28–32; Yohanes 14:15–26).
Petikan firman daripada Kejadian 8:20–22 di atas merupakan nubuat yang
telah diterima oleh Nabi Moshe. Moshe bernubuat ke belakang; beliau bernubuat
tentang zaman lampau, iaitu mesej yang pernah Tuhan berikan kepada Noah. Oleh
sebab itu, petikan di atas merupakan "roh" dan hidup! Kita memerlukan
anugerah "roh tujuh lapis" (The Sevenfold Spirit) untuk dapat
memahami maksud roh daripada kata-kata "roh" Bapa Segala Roh
(Pencipta langit dan bumi).
Berhentinya pertukaran "siang dan malam"
bermaksud berhentinya misi pendamaian Ilahi dalam "menabur dan
menuai" di sepanjang era gereja. "Era gereja" merujuk era
Perjanjian Pendamaian yang diwujudkan oleh Raja Damai dalam zaman
bangsa-bangsa, yang telah menabur Firman ke empat-empat penjuru bumi (Yeremia
31:31–34). Selepas kiamat banjir pada zaman Noah, Tuhan mula menabur semula
"Firman" melalui Noah. Kemudian, Dia terus menabur sehinggalah kepada
bani Israel, iaitu umat Perjanjian Lama yang menjadi pewaris janji-janji Tuhan
kepada Abraham.
Kristus kemudiannya datang menurut Firman-Nya dalam
Taurat untuk menggenapi nubuat para nabi serta menggenapi semua seni kata
Mazmur yang berkaitan dengan misi penyempurnaan penaburan, agar keselamatan
menjangkau dan merangkumi seluruh bangsa. "Si Penabur" atau Anak
Manusia akan menyempurnakan misi menabur apabila waktu yang telah ditetapkan (appointed
time) menjelang "petang".
Zaman selepas Kiamat Banjir merupakan
"pagi" bagi pekerjaan menabur—iaitu satu lagi "pagi", yang
bermaksud pada waktu yang telah ditetapkan, waktu "petang" pasti akan
tiba. Waktu itu dinamakan satu lagi "pagi" kerana langit dan angkasa
mengisytiharkan buatan tangan Ilahi yang baharu. Oleh sebab itu, pelangi
mengisytiharkan waktu "pagi" tersebut. Waktu "petang" bagi
masa itu pula diisytiharkan dalam Injil Matius 24:29 seperti yang dinubuatkan
oleh Yesus. Waktu "petang" itu juga dapat dilihat dalam Zakharia 14:5–7.
___________________________________
Karena itu, dengarlah arti perumpamaan penabur itu. Yesus
membentangkan suatu perumpamaan lain lagi kepada mereka, kata-Nya: "Hal
Kerajaan Sorga itu seumpama orang yang menaburkan benih yang baik di
ladangnya. Tetapi pada waktu semua orang tidur, datanglah musuhnya menaburkan
benih lalang di antara gandum itu, lalu pergi. Ketika gandum itu tumbuh dan
mulai berbulir, nampak jugalah lalang. Maka datanglah hamba-hamba tuan ladang
itu kepadanya dan berkata: Tuan, bukankah benih baik, yang tuan taburkan di
ladang tuan?
Dari manakah lalang itu? Jawab tuan itu: Seorang musuh yang melakukannya. Lalu
berkatalah hamba-hamba itu kepadanya: Jadi maukah tuan supaya kami pergi
mencabut lalang itu?Tetapi ia berkata: Jangan, sebab mungkin gandum itu ikut
tercabut pada waktu kamu mencabut lalang itu.Biarkanlah keduanya tumbuh bersama
sampai waktu menuai. Pada waktu itu aku akan berkata kepada para penuai: Kumpulkanlah
dahulu lalang itu dan ikatlah berberkas-berkas untuk dibakar; kemudian
kumpulkanlah gandum itu ke dalam lumbungku" (Matius 13: 18, 24-30)
Maka Yesus pun meninggalkan orang banyak itu, lalu pulang.
Murid-murid-Nya datang dan berkata kepada-Nya: "Jelaskanlah kepada kami
perumpamaan tentang lalang di ladang itu."Ia menjawab, kata-Nya:
"Orang yang menaburkan benih baik ialah Anak Manusia;ladang ialah dunia.
Benih yang baik itu anak-anak Kerajaan dan lalang anak-anak si jahat.Musuh yang
menaburkan benih lalang ialah Iblis. Waktu menuai ialah akhir zaman dan para
penuai itu malaikat. Maka seperti lalang itu dikumpulkan dan dibakar dalam api,
demikian juga pada akhir zaman.Anak Manusia akan menyuruh malaikat-malaikat-Nya
dan mereka akan mengumpulkan segala sesuatu yang menyesatkan dan semua orang
yang melakukan kejahatan dari dalam Kerajaan-Nya. ( Matius 13: 36-41, Alkitab
e-Katolik)
__________________________________
Kedatangan Roh Yesus dan rombongan
roh-roh dari syurga bukanlah kiamat fizikal bumi melainkan 'mission'
(atau 'nama') Kristus
yang seterusnya untuk menggenapi Firman yang dijanjikan (Lukas 24: 44). Bukan semua Hukum Taurat telah digenapi, bukan
semua nubuat para nabi telah digenapi, dan bukan semua Mazmur telah selesai
disempurnakan oleh Yesus.
Tuhan itu Roh. Dia bekerja siang dan malam tanpa henti. Oleh itu, Roh Tuhan mempunyai penjelasan rohani yang berkaitan dengan masa 'pagi' dan 'petang' bagi Karya Ilahi. Menurut intelek manusia, 'pagi' merujuk terbitnya matahari secara fizikal di ufuk timur. Sebaliknya, 'pagi' bagi Roh Tuhan dan bahasa nubuat Roh Tuhan ialah keadaan apabila 'Nama-Nya' yang baharu dinyatakan (revealed to mankind) untuk memulakan sesuatu 'misi' operasi.
Sebagai contoh, kayu salib merupakan waktu 'petang' bagi YHVH, namun waktu itu merupakan 'pagi' (morning) bagi Raja Damai, iaitu Yesus Kristus (Yeshua). Hal ini memang kelihatan aneh, tetapi begitulah kebenarannya. Setiap perutusan 'Nama' Tuhan yang terlibat dalam mewujudkan Perjanjian antara Tuhan dengan manusia di bumi akan memperlihatkan 'tanda' di syurga, 'tanda' di langit, dan 'tanda' di bumi. Syurga, langit, dan bumi tersebut merujuk 'alam roh' yang hanya dapat dilihat melalui penglihatan roh (visions) atau mimpi (dream dreams).
|
'Pagi
dan petang' bagi manusia di bumi adalah merujuk kepada terbitnya
matahari harafiah dan terbenamnya matahari di ufuk bà rat. 'Pagi' dan 'Petang'
bagi Roh Tuhan pula berarti 'karya' Tuhan bermula dengan 'pemberitaan' 'penglihatan roh' oleh 'langit' (alam roh) dan penyempurnaan 'karya' Tuhan ('nama'
Tuhan) itu melalui 'pemberitaan langit 'petang.'
|
Karya-Nya adalah berdasarkan Firman. ‘nama’ Tuhan
apabila disingkapkan oleh Roh nubuat membawa maksud "Karya",
"Pekerjaan", atau "Misi" (Mazmur 19:1–2; Mazmur 50:4–6;
Wahyu 19:13). Oleh sebab semua FIRMAN yang tertulis dalam Kitab Suci perlu
dilaksanakan oleh Roh Tuhan, maka Yesus Kristus yang diutus Bapa atas ‘nama
Hakim’ akan kembali ke bumi untuk menyelesaikan tugas selanjutnya, sebagaimana
sabda Yesus dalam Lukas 24:44, menurut nubuat-nubuat dalam kitab Perjanjian
Lama, nubuat para rasul, serta Wahyu dan nubuat para nabi era Perjanjian Baru.
Banyak lagi agenda Tuhan yang belum selesai dilaksanakan oleh-Nya, dan Dia akan
kembali untuk mengerjakannya sehingga selesai. Kedatangan Yesus Kristus untuk
kali kedua, yang dinubuatkan dalam Matius 24:30, bukanlah kiamat fizikal bumi,
melainkan ‘nama-Nya’ sebagai ‘Raja Damai’ sahaja yang seolah-olah akan berhenti
beroperasi. Walau bagaimanapun, 'perdamaian' dengan orang-orang percaya sekali-kali tidak akan terbatal, melainkan penebusan akan disempurnakan.
Apabila ‘nama’ Domba Allah itu
telah sampai masanya untuk menyempurnakan misi-Nya sebagai Raja Damai
(pendamaian dengan umat manusia) di sepanjang zaman bangsa-bangsa, iaitu
pasca-Pentakosta (post-Pentecost),
maka tiba masanya bagi-Nya untuk melaksanakan penghukuman dan keadilan Tuhan
(peperangan menentang dan menghakimi umat manusia yang digelar ‘lalang’),
supaya umat tidak terus-menerus diperhambakan oleh raja-raja bumi dengan agenda
misi manusia tanpa Kristus.
Ular tua merupakan kekuatan tidak kelihatan yang
menopang pemerintah-pemerintah dunia (‘binatang-binatang’). ‘Binatang-binatang’
itu akhirnya akan diperintah sepenuhnya atau dimonopoli oleh ‘lalang’. Yesus
mahu menangkap si ular tua dan merantainya selama 1,000 tahun kelak.
Ucapan Yesus, "Damai sejahtera Kuberikan kepadamu",
itulah yang akan tamat (kiamat)
apabila Dia turun kelak, bukannya fizikal bumi yang kiamat, meskipun tidak
dapat dinafikan bahawa terlalu banyak malapetaka dahsyat yang akan menimpa umat
manusia di bumi.
Kiamat fizikal bumi hanya akan
berlaku seperti yang dijelaskan dalam Wahyu 20:11. Selagi "bumi masih
ada" dalam Kejadian 8:22, keadaannya hanya akan menjadi "bumi tidak
ada" pada Wahyu 20:11, apabila dinyatakan:
"Lalu aku melihat suatu takhta putih yang besar dan Dia, yang
duduk di atasnya. Dari hadapan-Nya lenyaplah bumi dan langit dan tidak
ditemukan lagi tempatnya." (Wahyu 20:11)
Oleh sebab itu, kiamat fizikal
bumi hanya berlaku pada Wahyu 20:11.
"Lalu aku melihat langit yang baru dan bumi yang baru, sebab
langit yang pertama dan bumi yang pertama telah berlalu, dan laut pun tidak ada lagi. Dan
aku melihat kota yang kudus, Yerusalem yang baru, turun dari
sorga, dari Allah, yang berhias bagaikan pengantin perempuan yang berdandan
untuk suaminya."
(Wahyu
21:1-2)
Namun demikian, Wahyu 20:11
tidak bermakna fizikal bumi akan hancur berderai. Pengertian kita memang kabur
dengan ayat Wahyu 21:1–2, kerana kita juga tahu bahawa selepas ‘kiamat banjir
zaman Nuh’, bumi telah menjadi baharu dan langit telah menjadi baharu.
Pastinya, pada langit yang dahulu "tingkap-tingkap
di langit tidak terbuka" (floodwaters of heaven), namun selepas hukuman
bermula, tingkap-tingkap itu dibuka dan kemudian ditutup semula selepas 40
hari 40 malam. Secara penglihatan rohani (intangible realities), manusia di bumi telah melihat
fenomena rohani yang baharu di langit, iaitu pelangi.
Apakah langit
(alam roh yang disebut ‘langit’) bumi sebelum kiamat banjir tidak mempunyai fenomena pelangi
seperti yang dicatatkan dalam Kitab? Maksudnya, ‘langit baru’ itu membawa suatu
Perjanjian Tuhan yang baharu, iaitu suatu misi/pekerjaan Tuhan yang baharu.
Maka, karya roh seperti matahari berdiri tegak di atas kepala, tiga jam
kegelapan, dan tiga hari kegelapan memberikan pengertian rohani bahawa ada ‘pekerjaan
(misi)’ Tuhan yang Baharu; ia tidak semestinya ditafsir secara harafiah dengan fizikal bumi (literal).
Walau bagaimanapun, banyak
malapetaka mengikut nubuat (Firman) yang akan menimpa bumi sepanjang ‘nama-Nya’
diberitakan sebagai "Raja Keadilan dan Hakim", iaitu Misi-Nya ke bumi
dalam kedatangan-Nya yang kedua yang diumumkan melalui pemberitaan
"tanda" di langit dan tanda "syurga" mengenai kemuliaan
Hakim seperti dalam Matius 24:28–30. Bahasa lirik-lirik "langit" di
hati Tuhan memberitakan pekerjaan/misi Ilahi (Mazmur 19:1–6; Mazmur 50:4–6).
'Nama Tuhan' ialah "mission"
Tuhan. Maka, pekerjaan-Nya ada 'pagi' dan ada 'petang.'
__________________________________
Zaman perdamaian yang dikaryakan Tuhan sejak selepas kiamat banjir di
zaman Noah telah di beritakan oleh lirik langit dalam jantung Tuhan, "Takkan berhenti siang dan malam."
Ketika Tuhan mencium persembahan yang harum itu, berfirmanlah Tuhan dalam
hati-Nya:
"Aku
takkan mengutuk bumi ini lagi karena manusia, sekalipun yang ditimbulkan
hatinya adalah jahat dari sejak kecilnya, dan Aku takkan membinasakan lagi
segala yang hidup seperti yang telah Kulakukan. Selama bumi masih ada,
takkan berhenti-henti musim menabur dan menuai, dingin dan panas, kemarau dan
hujan, siang dan malam." (Kejadian 8:21-22)
"Maka pada waktu itu tidak akan ada lagi udara dingin atau keadaan
beku,tetapi akan ada satu hari -- hari itu diketahui oleh Tuhan -- dengan tidak
ada pergantian siang dan malam, dan malampun menjadi siang." (Zakaria
14:6-7). Ringkasnya, pengakhiran 'petang' bagi 'nama' Raja Damai
diberitakan oleh langit yang tiada pergantian 'siang dan malam; 'tanda' di 'langit.' Ia dinubuatkan
oleh mulut Yesus sendiri dalam Matius 24: 29, dan melalui mulut YHVH di bumi
seperti dalam Zakaria 14: 5c, 6-7, dan juga oleh Roh Kudus yang di sampaikan
malaikat kepada St. John dalam Wahyu 6: 12-17.
Nubuatan Zechariah dalam ayat di atas,
hanyalah bahasa Roh Tuhan tentang kedatangan Kristus, atau pengakhiran
pergantian 'siang dan malam' yang merujuk kepada pengakhiran misi Raja Damai
(Penabur) yang mengamanahkan pemberitaan 'khabar gembira' melalui gereja; misi
perdamaian dan memperdamaikan umat manusia yang 'luka' akan berakhir, atau
sampai 'evening.' Agenda menuai
jiwa-jiwa manusia akan beralih dari 'gereja' kepada 'para malaikat.' Penuaian
jiwa-jiwa manusia dari pelbagai bangsa oleh para malaikat adalah merujuk malam, yaitu dari Wahyu 8: 5
hinggalah kepada genapnya Cawan Murka Tuhan yang ke-7. "Siang" akan muncul
balik apabila apabila Wahyu 11: 15 digenapi sesuai dengan nubuatan nabi
Zechariah dalam Zak. 14: 6-7.
Ulasan di bawah adalah ringkasan misi 'nama' Tuhan menurut pemahaman
penulis, dan hubungkaitnya dengan 'pagi'
dan 'petang' dalam Karya
keselamatan umat manusia. Penyelamatan umat manusia yang luka adalah ajaran
yang diturunkan dari pengajaran Imam Agung Sorgawi menurut Ordo Melchizedec.
Dari Ordo Sorgawi inilah pengajaran 'jalan penebusan' ('altar') dinyatakan
kepada hamba-hambaNya. Kenapa Allah Bapa mengutus dan menyatakan 'nama' kepada
hamba-hambaNya melalui ungkapan ibadah 'altar'? Perutusan 'nama'
yang diungkapkan oleh ajaran 'altar' adalah cara Ordo Melchizedec berkerja di dalam
'menabur dan menuai.' Ini merupakan salah satu rahasia Sorgawi. Oleh
kerana Firman adalah Roh Nubuat, maka 'nama' Nya (Kristus) adalah Firman
Tuhan (Wahyu 19: 13).
Kesaksian Kristus adalah roh nubuat. Apa yang
difirmankan oleh YHVH adalah
firman Kristus juga, dan apa yang difirmankan oleh Roh Kudus adalah firman dari
Allah Bapa juga. Mereka ('nama' Tuhan) mempunyai firman yang 'satu' dan
juga 'satu' roh Tuhan! They are
sharing the same the Word of God! Ada satu rahsia tentang
'pengaliran' perutusan 'nama' Tuhan. Apabila 'nama' Tuhan mengalir
memberkati manusia di bumi, maka ia akan mengalir sebagai the Covenanted name of God dan
juga ia mengalir sebagai the
Immutable name of God.
Kedua-dua pengaliran 'nama' Tuhan tersebut tidaklah dapat dipisahkan! The
Covenanted name of God menjurus kepada urusan "menabur dan menuai" di bumi yang
dijamin dan diikat dengan syarat-syarat perjanjian. The immutable name of God menjurus
kepada 'sifat-sifat' roh Tuhan yang senantiasa mengalir menurut 'sifat-sifat'
Tuhan yang tidak berubah (immutable).
Maka, the Immutable name of God tidaklah
semestinya tertakluk kepada syarat-syarat Perjanjian. Kita akan lihat kisah
kehidupan Nabi Daniel, dan para sahabatnya, di mana mereka ternyata tidak lagi
dikenan oleh YHVH. Yang tidak berkenan itu ialah the Covenanted name of God (rujuk 2Raja-Raja
23: 27). Mereka ternyata
telah melanggar syarat-syarat perjanjian Tanah Suci, sebab itulah mereka telah
menjalani hukuman dalam pembuangan di Babylon!
Akan tetapi mereka masih juga dapat menyeru 'nama' Tuhan,
kerana sebagai nabi-nabi, sudah tentu mereka adalah penerima kasih karunia yang
diberikan karunia the fear of the
Lord, maka mereka dapat berharap dan bersandar kepada sifat-sifat Tuhan yang tidak
berubah! Dalam erti kata lain, mereka dapat menyeru 'nama' Tuhan yang disebut the Immutable name of God!
Apakah itu Immutable 'name' of God?
Ia
seringkasnya merujuk kepada pengaliran roh Tuhan dengan 'sifat-sifat' roh Tuhan
yang tidak akan berubah, sebagaimana pemberitaan Tuhan sendiri tentang
'sifat-sifat-Nya' seperti dalam petikan ayat kitab Keluaran 34: 5-7. The Covenanted name of God,
sememangnya, adalah roh yang satu dengan the Immutable name of God!
'Nama' Tuhan seperti 'mercy,' kasih, panjang sabar, setia dan adil, Yang benar (righteous) dan setia, taat mengampuni, tidak bercacat-celah,
dan kudus adalah
diantara 'nama' Tuhan yang tidak berubah (the Immutable name of God). Nama Tuhan seperti YHVH, Domba Tuhan, Raja
Damai, atau Yeshua Kristus adalah contoh 'nama' Tuhan yang disebut the
Covenanted name of God bagi era Perjanjian Baru!
'Nama' Tuhan yang immutable itu dapat merentasi semua perjanjian-perjanjian termasuk di luar perjanjian! Dalam
hal ini, benarlah firman Tuhan bahawa the
Spirit gives without measure! Sebagaimana yang kita dapat lihat
dalam kehidupan nabi Daniel di Babylon; 'nama' Tuhan yang Immutable itu, ternyata masih
turut serta berkerja di Babylon, meskipun
jelas sekali bahawa Daniel dan para sahabatnya tidak lagi memenuhi syarat
(syarat-syarat Perjanjian) untuk menyeru the Covenanted name of God! Daniel
yang mempunyai karunia the fear of the Lord sebenarnya menyeru 'nama' Tuhan
yang immutable, iaitu 'mercy.' Sebab itu, doanya berbunyi: "We plead mercy
from the God of Heaven." Dan 'mercy'
itu adalah 'nama' Tahun yang immutable (lihat Psalm 103 mengenai
dengan 'mercy' Tuhan).
The Covenanted
name of God
Ia mempunyai pembukaan 'pintu' dan 'penutupan' pintu Perjanjian dengan roh Tuhan. 'Pembukaaan' dan 'penutupan' pintu Perjanjian didahului dengan upacara 'altar'
menurut pengupacaraan Ordo Melkisedek! Contohnya, YHVH perlu upacara 'altar' di
Tabernakel supaya 'pengupacara', iaitu Imam keturunan Harun dapat memasuki
hadirat YHVH yang akan hadir di bilik yang Maha Suci! 'Pintu' Raja Damai telah menawarkan dan menganugerahkan 'pintu' roh Tuhan kepada semua umat manusia dengan meterai perjanjian, iaitu curahan roh Pentakosta. Pencurahan secara rasminya dilaksankan hanya apabila upacara
'altar' yang hanya satu kali sahaja pengupacaraannya selesai. PengupacaraNya dan
korban penebusnya adalah sempurna dan tidak bercacat celah, iaitu Imam menurut
Ordo Melkisedek: Domba Tuhan--Yeshua Kristus. 'Pintu' Perjanjian Perdamaian akan
ditutup sepenuhnya apabila 'langit' memberitakan atau menampakkan
'tanda' seperti pemberitaan 'langit' dalam Matius 24: 29! Maksudnya, Hakim yang
turun ke bumi akan menutup 'pintu' Raja Damai! Sebagaimana,
Korban Yeshua Kristus telah menutup sepenuhnya 'pintu' hadirat YHVH di Tabernakel di Yerusalem! Jadi,
hadirat YHVH di
Tabernakel hilang! Dan, demikianlah juga hadirat Raja Damai akan hilang dalam gereja sedunia, kerana Hakim akan sepenuhnya menutup 'pintu' Raja Damai dalam Perjanjian
Perdamaian! Orang-orang percaya akan belajar menyeru 'nama' Tuhan tanpa bangunan-bangunan fizikal gereja. Maksudnya, advocacy
of Christ perlu ditutup untuk memungkinkan 'pintu' Hakim itu
dibuka. Dan, 'pintu' Hakim itu hanya dapat ditembusi oleh mereka yang menganuti
kerohanian seperti the five wise
virgins! Mereka yang telah belajar berdoa memasuki 'kamar terdalam.' Bahtera Noah sebenarnya nubuat yang dapat mengungkapkan rahasia perjanjian. Dalam Perjanjian, ada penutupan 'pintu' Perjanjian, sebagaimana yang disingkapkan oleh kisah Bahtera Noah dan 'elect,' iaitu semua jenis binatang berpasangan yang 'terpilih', seolah-olah mereka semua telah memasuki suatu Perjanjian, iaitu Bahtera Noah.
The immutable
'name' of God senantiasa terbuka sepanjang masa, dan ia disebut the ancient gates of the Most Holy One. The ancient gates ini tidak
pernah tertutup, namun siapakah yang menembusi pintu yang 'pure' suci itu? Tidak ada yang 'impure' yang dapat menembusi 'pintu'
itu. 'Pintu' itu pernah dinyanyikan oleh Raja Daud, yang dikatakan amat karib
dengan roh Tuhan (close to the heart
of God), dalam Mazmur
24: 7: "Lift up your
heads, O gates! And be lifted up, O ancient doors! That the King of glory may
come in." Para malaikat bernyanyi siang malam tanpa henti-henti
memuji-muji Raja Kemuliaan, sehingga pintu itu tidaklah pernah tertutup! Dan, 'kunci' bagi the ancient doors adalah the fear of the Lord. Lirik tersebut (Mazmur 24:7) merujuk kepada the Immutable name of God yang pernah diseru oleh semua nabi-nabi!
Semua nabi-nabi dikaruniakan the fear of the Lord, the spirit of understanding and the spirit of
wisdom, dan mereka menyeru 'nama' Tuhan yang tidak berubah itu (immutable), walaupun mereka ternyata
melanggar Perjanjian seperti nabi Daniel, nabi Ezekiel, Nehemia dan nabi-nabi lain yang
pernah masuk dalam pembuangan ('exiles'
or 'Diaspora')!
Ketika kita ditakdirkan masih hidup kelak, pada masa Judgment of Christ, sememangnya, kita akan dituntut 'roh' pengertian mengenai aliran 'nama' roh
Tuhan. Ketika Judgment berlangsung, 'pintu' Perjanjian Perdamaian itu akan seolah-olah ditutup, maka semua orang percaya perlu mengenali the Immutable name of God. Kristus itu sama kelmarin, hari ini dan
selama-lamanya, namun kita harus ada hikmat. Pintu apa yang telah 'ditutup'
dan pintu apa pula yang akan 'dibuka'? Maksudnya, Hakim itu adalah
Kristus yang kembali, namun kita perlu tahu bahawa 'pintu' Raja Damai
akan ditutup oleh 'nama' Hakim! Dan, 'pintu' Hakim pula yang akan 'dibuka.' Jadi yang the Immutable name of God itu apa? Itu adalah 'karya' roh Tuhan yang
senantiasa mengalir dari 'sifat-sifat' Roh Tuhan yang tidak pernah berubah. 'Nama'
Tuhan yang Immutable itu
mempunyai 'pintu' roh yang disebut the ancient gates!
YHVH dan missionNya
(1) "Aku adalah Aku" dalam Keluaran 3:14 merupakan "nama" Tuhan atau fokus misi-Nya untuk menggenapi janji-janji-Nya yang diberikan kepada Abraham, serta menunaikan penggenapannya kepada pewaris janji, iaitu Yakub yang kemudiannya diutus oleh Tuhan dengan "nama" Israel. Dua belas suku kaum Israel merupakan "perempuan" yang menggenapi nubuat Ilahi dalam Kejadian 3:15–16. Perempuan tersebut melalui dua perjanjian, iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.
Anak sulungnya ialah Mesias yang dijanjikan. Bangsa-bangsa lain yang percaya kepada Raja Israel yang kekal abadi itu dinubuatkan sebagai "anak-anak" (offspring) (Wahyu 12:17). "Nama" Tuhan dalam Keluaran 34:5–7 menjurus pengaliran "nama" Tuhan yang tidak berubah (the immutable name of God); "nama" tersebut tidak tertakluk pada syarat-syarat Perjanjian! Meskipun mereka melanggar syarat-syarat Perjanjian Tanah Suci, "nama" tersebut kekal tidak berubah (Keluaran 34:5–7).
(2) Menganugerahkan kebebasan daripada perhambaan di Mesir kepada bani Israel yang diperhambakan selama 400 tahun melalui "upacara" pendamaian, iaitu "Paskah TUHAN".
(3) Menganugerahkan Firman, iaitu Taurat, supaya Kerajaan Imamat mempunyai asas hukum-hukum Tuhan yang suci untuk pewujudan kerajaan teokrasi di Tanah Suci. Selain itu, mengikut roh profetik, Taurat berfungsi sebagai Firman yang menjadi "bayangan" atau mesej tipologi kasih Kristus atau "asas-asas pekerjaan roh", iaitu sandaran kepada pekerjaan Kristus kelak seperti sabda-Nya dalam Lukas 24:44 untuk pewujudan karya Tuhan dalam Perjanjian Baru. "Asas", iaitu "Taurat", dalam perumpamaan membina bangunan tidaklah dibatalkan, sebaliknya menjadi dasar yang "tidak bercacat cela" bagi penyiapan kerja-kerja pembinaan seterusnya.
Orang yang percaya kepada Yeshua akan menjadi struktur binaan rumah tersebut kerana roh manusia ialah "Bait Allah" bagi Roh Kudus yang turun. Cara rumah tersebut dibina semuanya adalah mengikut Firman-Nya (Lukas 24:44). Oleh sebab itu, Taurat tidak dibatalkan oleh Yesus, melainkan digenapi, atau dalam bahasa mudahnya, "kerja diteruskan sehingga sempurna (siap)". Taurat tetap menjadi salah satu dasar pekerjaan Roh Tuhan seterusnya; dasar yang lain ialah nubuat para nabi dan lirik-lirik dalam Mazmur. Kesemua dasar tersebut memberitakan Pribadi Ilahi, Allah Anak, iaitu Yesus Kristus. Maka, "Dasar" pekerjaan Roh Tuhan juga disebut "Yesus Kristus", kerana "Nama-Nya ialah Firman Allah" (Wahyu 19:13b). Dalam kata lain, frasa tersebut bermaksud "Pekerjaan-Nya atau Karya-Nya ialah Firman Allah". Pekerjaan manusia daging adalah berdasarkan pemikiran mereka, maka kita dapat melihat frasa pekerjaan manusia: "makan dan minum, berkahwin dan dikahwinkan, membina kota, serta membeli atau menjual". Sebaliknya, Firman ialah "roh", maka pekerjaan Tuhan ialah "roh" dan hidup, iaitu Allah Bapa, Kristus, dan Roh Kudus!
Manusia di menara Babel kuno mencari "nama" dan nama yang dicari oleh umat manusia itu merupakan pekerjaan "daging" yang berpusat pada kapasiti intelek manusia (Kejadian 11). Oleh sebab itu, misi YHVH sebenarnya menyingkapkan dasar-dasar pekerjaan 'nama' yang diutus oleh Allah Bapa, iaitu Domba Allah, atau misi "Kristus", sebagaimana pengakuan-Nya dalam Lukas 24:44.
(4.)
'Nama' YHVH juga
menjadi Raja dan Tuhan kepada kerajaan Imamat dan bangsa kudus Israel di Tanah Suci yang dijanjikanNya kepada Bapa Abraham, Ishak dan Yakub.
(5.) 'Pagi'
bagi 'nama' itu untuk bani Israel bermula pada upacara Paskah
Tuhan di Mesir. Manakala 'petang'nya adalah pada Salib Yesus iaitu
Paskah Tuhan oleh Domba Tuhan. Kerana Raja Damai telah menutup 'pintu' hadirat
YHVH di Tabernakel. Raja Damai telah membukakan 'pintu' kepada semua bangsa
melalui hadirat curahan Roh Pentakosta!
(6)
Menyediakan 'dasar' karya Kristus iaitu menurut Lukas 24: 44.
YESUS, Anak Tuhan Yang Mahatinggi
(1. ) Fokus
MissionNya adalah memberikan Jalan, Pintu, dan Kunci kepada semua bangsa
di dunia, yaitu manusia yang 'luka' yang tertulis namanya dalam Buku kehidupan
dan percaya kepada "Dia yang diutus Bapa."
(2.)
Melayani sebagai Anak Manusia dalam pelayanan seperti nabi--Penabur.
(3.)
Menggenapi 'jalan penebusan'
dengan melakukan pekerjaan Domba Tuhan, dan menganugerahkan pencurahan Roh
Kudus sebagai Hadirat Immanuel Tuhan di antara umatNya sebagaimana yang
tertulis dalam semua Taurat, nubuat nabi-nabi dan Mazmur (Luke 24: 44).
(4) Nama 'Domba'
diutus untuk menyelamatkan mereka yang tertulis namanya dalam Buku kehidupan. (Yoh.1:
29-34; Yoh. 3: 16-17).
(5.)
Melayani sebagai Pengantara yang duduk disebelah kanan Bapa menurut Ordo
Melkisedek.
(6.) 'Pagi'
bagi nama Domba adalah kematian Yesus, dan 'petangnya' adalah apabila ia
kembalinya sebagai Hakim, iaitu tanda di langit kelihatan 'matahari diufuk barat dalam penglihatan 'roh.'
(Zechariah 14: 7). Apabila ia kembali, ia tidak berkerja lagi sebagai
Raja Damai. Ia kembali sebagai Raja Hakim, Raja Penghukuman, dan Raja Keadilan. 'Pemberitaan langit' dalam Matius
24: 29, Zakharia 14: 6-7, Yoel 2: 31, Kisah 2: 20 dan Wahyu 6: 12-14 jelas
menyingkapkan tentang 'nama' Tuhan yang diutus, iaitu Hakim, dalam kedatangan Kristus yang ke-dua. (Lihat Mazmur 19: 1-2 dan Mazmur 50: 1-6).
ROH KUDUS. (The Omnipresence's 'shadow' of the Father,
on earth).
(1.) Fokus
MissionNya adalah sebagai HADIRAT atau meterai Bapa di bumi, yang
menganugerahkan KEKUATAN dan DAMAI sejahtera kepada umatnya.
Penumpahan
darah tanpa Roh Kudus yang turun adalah umpama dokumen rasmi Perjanjian yang
bertanda tangan tanpa cop rasmi!
(2.) Sebagai
Roh Kebenaran dan Roh Penghiburan akan realiti peribadi dan hadirat Ilahi.
Justeru itu, tidak ada manusia yang mengenal kehendak-kehendak 'Bapa segala
roh,' jika Roh Kebenaran atau Roh Tujuh Lapis tidak diutus oleh Bapa. (Amsal 9:
10; Kebijaksanaan Salomo 9: 13, 17).
(3.)
Roh yang menginsafkan akan dosa dunia dan akan penghukuman.
(4.) Roh
yang meneruskan Karya Perdamaian oleh Raja Damai yang dianugerahkan oleh Kayu
Salib.
(5.)
Ia adalah 'Roh' doa untuk semua orang percaya (Spirit of Prayer). Ketiadaan hadirat Roh Kudus menjadikan doa
itu jadi sehala dan bukan dua hala.
(6.) Morning dan evening Roh Kudus adalah
mengikut siapa 'nama' Tuhan yang diupacarakan pada Altar Melkisedek,
atau yang sedang berkarya mengikut 'nama' Tuhan yang telah diupacarakan melalui
upacara Altar Melkisedek di bumi atau di Sorga! Jika YHVH yang diupacarakan sebagai
berkat di bumi, maka Roh Kudus akan mengalir menuruti misi YHVH; Jika 'nama' Raja Damai yang
diupacarakan, maka Roh Kudus akan emmanuel mengikuti
agenda Raja Damai, dan jika 'nama' Hakim yang diupacarakan pada Altar
Melkisedek di Sorga, maka Roh Kudus akan menuruti segala 'kehendak' Hakim ke
atas penduduk bumi. Ia datang 'di'
dan pergi 'dari' atas sumbu roh
manusia. Jika Raja YHVH yang
beroperasi, maka Roh Kudus melaksanakan operasi /mission YHVH. Maka, jika Raja Damai yang beroperasi, maka
Roh Kudus melaksanakan operasi Raja Damai selama mana 'pintu' Raja Damai belum
ditutupkan. Bila Yesus kembali sebagai Hakim, Roh Kudus juga akan melaksanakan
operasi penghukuman, pengadilan, dan penghukuman sebagaimana 'misi' Hakim yang
telah kembali ke bumi.
Raja Segala Raja: Raja Hukuman, Raja Penuh
Keadilan yang kembali ke
bumi. Kuasa
sebagai Hakim menurut perutusan Allah Bapa.
(1.)
Fokus MissionNya: mengasingkan lalang dari gandum oleh malaikat-malaikat
yang di arahNya. Gandum diberikan transformasi roh. Manakala,
lalang dikumpulkan dan dibakar.
(2.)
Berperang melawan binatang-binatang (rulers) di bumi, supaya ternyata Kristus Yesus memberikan keadilan.
Senjatanya adalah Firman Allah (api):
... guruh, halilintar,puting-beliung, gempabumi, ribut-salji. ''Jalan" Hakim di bumi berjalan di dalam 'puting beliung' atau 'badai' (Lihat Nahum 1: 3). His way is in the whirlwind and the storm, and clouds are the dust of his feet (Nahum 1: 3b).
(3.)
Memperbaharui bani supaya dengan janji pemulihan spiritual kepada 12,000
setiap suku bangsa. Jumlahnya, 144,000 (Wahyu
7). Inilah pemulihan bani Israel yang spiritual. "...tulang-tulang ini adalah seluruh kaum
Israel.." Yehezekiel 37:11. (Lihat Kisah Para Rasul 1: 6-11; Yehezekiel bab 36 hingga bab 48)
(4.)
Mengangkat dan memberi upah kepada semua yang tertulis namaNya dalam Buku
Kehidupan supaya mereka diberikan bahagian dalam Kerajaan-Nya. Lalu malaikat
yang ketujuh meniup sangkakalanya, dan terdengarlah suara-suara nyaring di
dalam sorga, katanya: "Pemerintahan atas dunia dipegang oleh Tuhan kita
dan Dia yang diurapi-Nya, dan Ia akan memerintah sebagai raja sampai
selama-lamanya." "...dan semua bangsa telah marah, tetapi
amarah-Mu telah datang dan saat bagi orang-orang mati untuk dihakimi dan untuk
memberi upah kepada hamba-hamba-Mu, nabi-nabi dan orang-orang kudus dan kepada
mereka yang takut akan nama-Mu, kepada orang-orang kecil dan orang-orang besar
dan untuk membinasakan
barangsiapa yang membinasakan bumi."(Why 11:15,18)
(5.)
Mempersediakan kerajaan Teokrasi Kristus di bumi selama 1,000 tahun.
(6.)
Menangkap si ular tua dan juga nabi palsu.
"...ia
menangkap naga, si ular tua itu, yaitu Iblis dan Satan. Dan ia mengikatnya
seribu tahun lamanya,lalu melemparkannya ke dalam jurang maut, dan menutup
jurang maut itu dan memeteraikannya di atasnya, supaya ia jangan lagi
menyesatkan bangsa-bangsa, sebelum berakhir masa seribu tahun itu; kemudian
dari pada itu ia akan dilepaskan untuk sedikit waktu lamanya."(Wahyu
20:2-3)
(7.)
Menyiapkan maksud Firman-Nya atau menyempurnakan Firman yang telah dinyatakan
kepada manusia bumi (Luke 24: 44). MisiNya atau "NamaNya: Firman Allah"
(Why19:13).
(8).
KedatanganNya yang pertama sebagai "Firman menjadi manusia" bukanlah
untuk menghakimi, tetapi untuk melaksanakan penebusan umat manusia. KedatanganNya yang kedua adalah untuk
'menghakimi;' Ia membuat 'putusan' ke atas perempuan (Israel Perjanjian Baru), pelacur (Israel Perjanjian Lama),
binatang-binatang, dan anak-anak.
In every revealed Divine name, there are 'morning' and 'evening' of it.
Nonetheless, His heart is eternally immutable. And in every end, there is the
beginning of it. Therefore, the Divine Spirit says " I make
known the end from the beginning,from ancient times, what is still to come. I
say, ‘My purpose will stand, and I will do all that I please.’ (Isaiah 46: 10,
NRSVCE).
"5...Then
the Lord my God will come, and all the holy ones with him. 6 On that day
there will be neither sunlight nor cold, frosty darkness. 7 It will be a unique
day—a day known only to the Lord—with no distinction between day and night.
When evening comes, there will be light. (Zechariah 14: 5c, 6-7, NRSVCE).
The Lord surely begins a new mission, when the 'evening' of His former
revealed 'name' has come to the appointed time of the
Lord. Thus, when his 'name' comes to the completion of that name,
the Lord says "when evening comes, there will be Light. The
returning light points to 'new' mission of Christ. The former was the Prince of Peace, the coming name is Seven Spirit, Seven Horns and Seven eyes.
He whose face shines like a sun in its all brilliance.
____________________________________
Apakah 'spoken words' Roh Tuhan hari ini?
"My spoken words are Spirit." (John 6: 63, NRSVCE).
"...sekarang, pekerjaan-pekerjaan
pemerintah dunia atau 'nama' manusia sungguh, merosakkan 'anggur' dan 'minyak.'
Hanya 'appointed time' yang ditentukan Bapa sahaja yang kita tunggu, Hakim dan
penuaiNya, memulakan 'peperangan.' Pastinya, Raja Damai tidaklah maju berperang
melainkan Adonai Avi Ha Gevurah dalam namaNya 'Hakim.' "
....Mannaseh, 2015...
___________________________________
"What I tell you in the DARK, speak in the daylight; what is whispered
in your ear, proclaim from the roofs." (Matthew 10: 27, NIV)
27 What I say to you in the dark, tell in the light; and
what you hear whispered, proclaim from the housetops (Matthew 10: 27,
NRSVCE).
All wounded men, who are not reconciled to God, walk in darkness
or separated from the Light (the realities of God or the presence of the Holy
Spirit). And, even believers who walk without the presence of the tongue of
fire that lights up the wick of their spirits, are considered walking in the
dark. Thus, the Lord exhorted and counselled those who walk in the dark, so
that they keep trusting in the name ('mission') of the Lord. Our wounded
predisposition causes us to be easily to light up our own fires as according to
our intellectual reasoning (the center of the flesh). Without the Light
above our heads or the presence of the Holy Spirit aflaming at our 'wicks,' then even the spiritually grown up
Christians might be staggering during the prophesied distress.
"Who
among you fears the Lord
and obeys the word of his servant?
Let the one
who walks in the DARK,
who has no light,
trust in the
name of the Lord
and rely on their God.
11 But now,
all you who light fires
and provide yourselves with flaming torches,
go, walk in
the light of your fires
and of the torches you have set ablaze.
This is what
you shall receive from my hand:
You will lie down in torment."
(Isaiah 50:
10-11, NRSVCE).
Rujukan
petikan Firman versi Indonesia.
_________________
Bernadus,
Dominicus. Alkitab Suci: eKatolik versi iOS.
<https://www.Facebook.com/bernadus.dominicus>