Ahad, 20 September 2015

Kedatangan Yeshua yang ke-dua dan hubungkaitnya dengan "nama" Tuhan...

(Nota/peringatan: Tulisan ini hanyalah menurut ulasan peribadi dari penulis sahaja, dan tidaklah mewakili mana-mana aliran gereja.)
___________________________________


20. Lalu Nuh mendirikan mezbah bagi Tuhan; dari segala binatang yang tidak haram dan dari segala burung yang tidak haram diambilnyalah beberapa ekor, lalu ia mempersembahkan korban bakaran di atas mezbah itu. 21 Ketika Tuhan mencium persembahan yang harum itu, berfirmanlah Tuhan dalam hati-Nya: "Aku takkan mengutuk bumi ini lagi karena manusia, sekalipun yang ditimbulkan hatinya adalah jahat dari sejak kecilnya, dan Aku takkan membinasakan lagi segala yang hidup seperti yang telah Kulakukan.  22 Selama bumi masih ada, takkan berhenti-henti musim menabur dan menuai, dingin dan panas, kemarau dan hujan, siang dan malam."(Kejadian 8:20-22)


    Sekilas dibaca, petikan di atas seolah-olah seperti cerita dongeng belaka. Namun demikian, Yeshua pernah berkata, "Perkataan-perkataan-Ku ialah roh dan hidup." Walaupun petikan di atas berasal daripada Perjanjian Lama (karya Yahuwah), Kristus dan Yahuwah berasal daripada Roh Tuhan yang Esa dan sama.

    Jika diumpamakan dengan kewujudan molekul air yang terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen, Tuhan yang Esa itu adalah seperti molekul air tersebut. Molekul air boleh memanifestasikan diri dalam bentuk cecair, ais (pepejal), dan wap (gas), tetapi komponen atomnya tetap sama dan tidak berubah, iaitu dua atom hidrogen dan satu atom oksigen.

    Anak merupakan kewujudan yang boleh dilihat (visible) oleh mata kasar manusia, namun Roh-Nya tetap bersifat Ilahi. Roh Bapa pula merupakan kewujudan yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia. Sementara itu, Roh Kudus ialah kewujudan khusus untuk berkomunikasi dengan roh manusia yang ditebus oleh Tuhan, atau Roh Ilahi yang mengurapi anak-anak tebusan-Nya.

    Kedalaman keesaan Tuhan sangat tidak terjangkau oleh kapasiti intelek manusia. Bagaimanakah mungkin Bapa, Anak, dan Roh Kudus itu merupakan satu Roh? Namun begitu, roh boleh menjadi "satu", meskipun kelihatan seolah-olah banyak.

    Lihat sahaja pelangi; pelangi kelihatan mempunyai tujuh warna asas, padahal sebenarnya pelangi berasal daripada satu cahaya yang tidak berwarna (colorless light). Cahaya tersebut kelihatan menjadi tujuh warna disebabkan oleh kesan prisma (prism effect). Tuhan kelihatan sebagai Tiga Peribadi (Tritunggal/Trinitas) atau tujuh roh menorah disebabkan oleh rancangan dan karya Tuhan untuk menyelamatkan umat manusia.

    Karya pendamaian itulah yang menyebabkan Roh Tuhan seolah-olah kelihatan sebagai Tiga Peribadi, malah dinubuatkan juga sebagai tujuh roh, tujuh mata, dan tujuh tanduk untuk karya penghakiman dan penghukuman. Semua itu berlaku disebabkan oleh rancangan pendamaian Tuhan yang memerlukan karya Bapa, karya Anak, dan karya Roh Kudus.

    Bapa tidak mempunyai darah, tetapi Anak Allah Yang Mahatinggi mempunyai darah untuk pendamaian, lalu menetapkan diri-Nya sebagai penggenapan Anak Domba Allah dalam Firman Bapa Yahweh (seperti dalam Yesaya 53; Yohanes 1:29; Mazmur 40:7–9). Roh Kudus pula hadir untuk menjadi "roh komunikasi" antara Roh Allah Bapa dengan roh manusia yang telah ditebus oleh darah suci Yeshua (rujuk Yoel 2:28–32; Yohanes 14:15–26).

    Petikan firman daripada Kejadian 8:20–22 di atas merupakan nubuat yang telah diterima oleh Nabi Moshe. Moshe bernubuat ke belakang; beliau bernubuat tentang zaman lampau, iaitu mesej yang pernah Tuhan berikan kepada Noah. Oleh sebab itu, petikan di atas merupakan "roh" dan hidup! Kita memerlukan anugerah "roh tujuh lapis" (The Sevenfold Spirit) untuk dapat memahami maksud roh daripada kata-kata "roh" Bapa Segala Roh (Pencipta langit dan bumi).

    Berhentinya pertukaran "siang dan malam" bermaksud berhentinya misi pendamaian Ilahi dalam "menabur dan menuai" di sepanjang era gereja. "Era gereja" merujuk era Perjanjian Pendamaian yang diwujudkan oleh Raja Damai dalam zaman bangsa-bangsa, yang telah menabur Firman ke empat-empat penjuru bumi (Yeremia 31:31–34). Selepas kiamat banjir pada zaman Noah, Tuhan mula menabur semula "Firman" melalui Noah. Kemudian, Dia terus menabur sehinggalah kepada bani Israel, iaitu umat Perjanjian Lama yang menjadi pewaris janji-janji Tuhan kepada Abraham.

    Kristus kemudiannya datang menurut Firman-Nya dalam Taurat untuk menggenapi nubuat para nabi serta menggenapi semua seni kata Mazmur yang berkaitan dengan misi penyempurnaan penaburan, agar keselamatan menjangkau dan merangkumi seluruh bangsa. "Si Penabur" atau Anak Manusia akan menyempurnakan misi menabur apabila waktu yang telah ditetapkan (appointed time) menjelang "petang".

    Zaman selepas Kiamat Banjir merupakan "pagi" bagi pekerjaan menabur—iaitu satu lagi "pagi", yang bermaksud pada waktu yang telah ditetapkan, waktu "petang" pasti akan tiba. Waktu itu dinamakan satu lagi "pagi" kerana langit dan angkasa mengisytiharkan buatan tangan Ilahi yang baharu. Oleh sebab itu, pelangi mengisytiharkan waktu "pagi" tersebut. Waktu "petang" bagi masa itu pula diisytiharkan dalam Injil Matius 24:29 seperti yang dinubuatkan oleh Yesus. Waktu "petang" itu juga dapat dilihat dalam Zakharia 14:5–7.

___________________________________
   
     Karena itu, dengarlah arti perumpamaan penabur itu. Yesus membentangkan suatu perumpamaan lain lagi kepada mereka, kata-Nya: "Hal Kerajaan Sorga itu seumpama orang yang menaburkan benih yang baik di ladangnya.  Tetapi pada waktu semua orang tidur, datanglah musuhnya menaburkan benih lalang di antara gandum itu, lalu pergi.  Ketika gandum itu tumbuh dan mulai berbulir, nampak jugalah lalang. Maka datanglah hamba-hamba tuan ladang itu kepadanya dan berkata: Tuan, bukankah benih baik, yang tuan taburkan di ladang tuan?

     Dari manakah lalang itu? Jawab tuan itu: Seorang musuh yang melakukannya. Lalu berkatalah hamba-hamba itu kepadanya: Jadi maukah tuan supaya kami pergi mencabut lalang itu?Tetapi ia berkata: Jangan, sebab mungkin gandum itu ikut tercabut pada waktu kamu mencabut lalang itu.Biarkanlah keduanya tumbuh bersama sampai waktu menuai. Pada waktu itu aku akan berkata kepada para penuai: Kumpulkanlah dahulu lalang itu dan ikatlah berberkas-berkas untuk dibakar; kemudian kumpulkanlah gandum itu ke dalam lumbungku" (Matius 13: 18, 24-30)

     Maka Yesus pun meninggalkan orang banyak itu, lalu pulang. Murid-murid-Nya datang dan berkata kepada-Nya: "Jelaskanlah kepada kami perumpamaan tentang lalang di ladang itu."Ia menjawab, kata-Nya: "Orang yang menaburkan benih baik ialah Anak Manusia;ladang ialah dunia. Benih yang baik itu anak-anak Kerajaan dan lalang anak-anak si jahat.Musuh yang menaburkan benih lalang ialah Iblis. Waktu menuai ialah akhir zaman dan para penuai itu malaikat. Maka seperti lalang itu dikumpulkan dan dibakar dalam api, demikian juga pada akhir zaman.Anak Manusia akan menyuruh malaikat-malaikat-Nya dan mereka akan mengumpulkan segala sesuatu yang menyesatkan dan semua orang yang melakukan kejahatan dari dalam Kerajaan-Nya. ( Matius 13: 36-41, Alkitab e-Katolik)
__________________________________

    Kedatangan Roh Yesus dan rombongan roh-roh dari syurga bukanlah kiamat fizikal bumi melainkan 'mission' (atau 'nama') Kristus yang seterusnya untuk menggenapi Firman yang dijanjikan (Lukas 24: 44). Bukan semua Hukum Taurat telah digenapi, bukan semua nubuat para nabi telah digenapi, dan bukan semua Mazmur telah selesai disempurnakan oleh Yesus.

    Tuhan itu Roh. Dia bekerja siang dan malam tanpa henti. Oleh itu, Roh Tuhan mempunyai penjelasan rohani yang berkaitan dengan masa 'pagi' dan 'petang' bagi Karya Ilahi. Menurut intelek manusia, 'pagi' merujuk terbitnya matahari secara fizikal di ufuk timur. Sebaliknya, 'pagi' bagi Roh Tuhan dan bahasa nubuat Roh Tuhan ialah keadaan apabila 'Nama-Nya' yang baharu dinyatakan (revealed to mankind) untuk memulakan sesuatu 'misi' operasi.

    Sebagai contoh, kayu salib merupakan waktu 'petang' bagi YHVH, namun waktu itu merupakan 'pagi' (morning) bagi Raja Damai, iaitu Yesus Kristus (Yeshua). Hal ini memang kelihatan aneh, tetapi begitulah kebenarannya. Setiap perutusan 'Nama' Tuhan yang terlibat dalam mewujudkan Perjanjian antara Tuhan dengan manusia di bumi akan memperlihatkan 'tanda' di syurga, 'tanda' di langit, dan 'tanda' di bumi. Syurga, langit, dan bumi tersebut merujuk 'alam roh' yang hanya dapat dilihat melalui penglihatan roh (visions) atau mimpi (dream dreams).


                                   

'Pagi dan petang' bagi manusia di bumi adalah merujuk kepada terbitnya matahari harafiah dan terbenamnya matahari di ufuk bàrat. 'Pagi' dan 'Petang' bagi Roh Tuhan pula berarti 'karya' Tuhan bermula dengan 'pemberitaan' 'penglihatan roh' oleh 'langit' (alam roh) dan penyempurnaan 'karya' Tuhan ('nama' Tuhan) itu melalui 'pemberitaan langit 'petang.'
       

    Karya-Nya adalah berdasarkan Firman. ‘nama’ Tuhan apabila disingkapkan oleh Roh nubuat membawa maksud "Karya", "Pekerjaan", atau "Misi" (Mazmur 19:1–2; Mazmur 50:4–6; Wahyu 19:13). Oleh sebab semua FIRMAN yang tertulis dalam Kitab Suci perlu dilaksanakan oleh Roh Tuhan, maka Yesus Kristus yang diutus Bapa atas ‘nama Hakim’ akan kembali ke bumi untuk menyelesaikan tugas selanjutnya, sebagaimana sabda Yesus dalam Lukas 24:44, menurut nubuat-nubuat dalam kitab Perjanjian Lama, nubuat para rasul, serta Wahyu dan nubuat para nabi era Perjanjian Baru. 

    Banyak lagi agenda Tuhan yang belum selesai dilaksanakan oleh-Nya, dan Dia akan kembali untuk mengerjakannya sehingga selesai. Kedatangan Yesus Kristus untuk kali kedua, yang dinubuatkan dalam Matius 24:30, bukanlah kiamat fizikal bumi, melainkan ‘nama-Nya’ sebagai ‘Raja Damai’ sahaja yang seolah-olah akan berhenti beroperasi. Walau bagaimanapun, 'perdamaian' dengan orang-orang percaya sekali-kali tidak akan terbatal, melainkan penebusan akan disempurnakan.

    Apabila ‘nama’ Domba Allah itu telah sampai masanya untuk menyempurnakan misi-Nya sebagai Raja Damai (pendamaian dengan umat manusia) di sepanjang zaman bangsa-bangsa, iaitu pasca-Pentakosta (post-Pentecost), maka tiba masanya bagi-Nya untuk melaksanakan penghukuman dan keadilan Tuhan (peperangan menentang dan menghakimi umat manusia yang digelar ‘lalang’), supaya umat tidak terus-menerus diperhambakan oleh raja-raja bumi dengan agenda misi manusia tanpa Kristus. 

    Ular tua merupakan kekuatan tidak kelihatan yang menopang pemerintah-pemerintah dunia (‘binatang-binatang’). ‘Binatang-binatang’ itu akhirnya akan diperintah sepenuhnya atau dimonopoli oleh ‘lalang’. Yesus mahu menangkap si ular tua dan merantainya selama 1,000 tahun kelak. Ucapan Yesus, "Damai sejahtera Kuberikan kepadamu", itulah yang akan tamat (kiamat) apabila Dia turun kelak, bukannya fizikal bumi yang kiamat, meskipun tidak dapat dinafikan bahawa terlalu banyak malapetaka dahsyat yang akan menimpa umat manusia di bumi.

    Kiamat fizikal bumi hanya akan berlaku seperti yang dijelaskan dalam Wahyu 20:11. Selagi "bumi masih ada" dalam Kejadian 8:22, keadaannya hanya akan menjadi "bumi tidak ada" pada Wahyu 20:11, apabila dinyatakan:

"Lalu aku melihat suatu takhta putih yang besar dan Dia, yang duduk di atasnya. Dari hadapan-Nya lenyaplah bumi dan langit dan tidak ditemukan lagi tempatnya." (Wahyu 20:11)

Oleh sebab itu, kiamat fizikal bumi hanya berlaku pada Wahyu 20:11.

"Lalu aku melihat langit yang baru dan bumi yang baru, sebab langit yang pertama dan bumi yang pertama telah berlalu, dan laut pun tidak ada lagi. Dan aku melihat kota yang kudus, Yerusalem yang baru, turun dari sorga, dari Allah, yang berhias bagaikan pengantin perempuan yang berdandan untuk suaminya." (Wahyu 21:1-2)

    Namun demikian, Wahyu 20:11 tidak bermakna fizikal bumi akan hancur berderai. Pengertian kita memang kabur dengan ayat Wahyu 21:1–2, kerana kita juga tahu bahawa selepas ‘kiamat banjir zaman Nuh’, bumi telah menjadi baharu dan langit telah menjadi baharu. Pastinya, pada langit yang dahulu "tingkap-tingkap di langit tidak terbuka" (floodwaters of heaven), namun selepas hukuman bermula, tingkap-tingkap itu dibuka dan kemudian ditutup semula selepas 40 hari 40 malam. Secara penglihatan rohani (intangible realities), manusia di bumi telah melihat fenomena rohani yang baharu di langit, iaitu pelangi. 

    Apakah langit (alam roh yang disebut ‘langit’) bumi sebelum kiamat banjir tidak mempunyai fenomena pelangi seperti yang dicatatkan dalam Kitab? Maksudnya, ‘langit baru’ itu membawa suatu Perjanjian Tuhan yang baharu, iaitu suatu misi/pekerjaan Tuhan yang baharu. Maka, karya roh seperti matahari berdiri tegak di atas kepala, tiga jam kegelapan, dan tiga hari kegelapan memberikan pengertian rohani bahawa ada ‘pekerjaan (misi)’ Tuhan yang Baharu; ia tidak semestinya ditafsir secara harafiah dengan fizikal bumi (literal).

    Walau bagaimanapun, banyak malapetaka mengikut nubuat (Firman) yang akan menimpa bumi sepanjang ‘nama-Nya’ diberitakan sebagai "Raja Keadilan dan Hakim", iaitu Misi-Nya ke bumi dalam kedatangan-Nya yang kedua yang diumumkan melalui pemberitaan "tanda" di langit dan tanda "syurga" mengenai kemuliaan Hakim seperti dalam Matius 24:28–30. Bahasa lirik-lirik "langit" di hati Tuhan memberitakan pekerjaan/misi Ilahi (Mazmur 19:1–6; Mazmur 50:4–6).   

'Nama Tuhan' ialah "mission" Tuhan. Maka, pekerjaan-Nya ada 'pagi' dan ada 'petang.' 
__________________________________

    Zaman perdamaian yang dikaryakan Tuhan sejak selepas kiamat banjir di zaman Noah telah di beritakan oleh lirik langit dalam jantung Tuhan, "Takkan berhenti siang dan malam." Ketika Tuhan mencium persembahan yang harum itu, berfirmanlah Tuhan dalam hati-Nya:
"Aku takkan mengutuk bumi ini lagi karena manusia, sekalipun yang ditimbulkan hatinya adalah jahat dari sejak kecilnya, dan Aku takkan membinasakan lagi segala yang hidup seperti yang telah Kulakukan.  Selama bumi masih ada, takkan berhenti-henti musim menabur dan menuai, dingin dan panas, kemarau dan hujan, siang dan malam."  (Kejadian 8:21-22)

   "Maka pada waktu itu tidak akan ada lagi udara dingin atau keadaan beku,tetapi akan ada satu hari -- hari itu diketahui oleh Tuhan -- dengan tidak ada pergantian siang dan malam, dan malampun menjadi siang." (Zakaria 14:6-7).  Ringkasnya, pengakhiran 'petang' bagi 'nama' Raja Damai diberitakan oleh langit yang tiada pergantian 'siang dan malam; 'tanda' di 'langit.' Ia dinubuatkan oleh mulut Yesus sendiri dalam Matius 24: 29, dan melalui mulut YHVH di bumi seperti dalam Zakaria 14: 5c, 6-7, dan juga oleh Roh Kudus yang di sampaikan malaikat kepada St. John dalam Wahyu 6: 12-17.

     Nubuatan Zechariah dalam ayat di atas, hanyalah bahasa Roh Tuhan tentang kedatangan Kristus, atau pengakhiran pergantian 'siang dan malam' yang merujuk kepada pengakhiran misi Raja Damai (Penabur) yang mengamanahkan pemberitaan 'khabar gembira' melalui gereja; misi perdamaian dan memperdamaikan umat manusia yang 'luka' akan berakhir, atau sampai 'evening.' Agenda menuai jiwa-jiwa manusia akan beralih dari 'gereja' kepada 'para malaikat.' Penuaian jiwa-jiwa manusia dari pelbagai bangsa oleh para malaikat adalah merujuk malam, yaitu dari Wahyu 8: 5 hinggalah kepada genapnya Cawan Murka Tuhan yang ke-7. "Siang" akan muncul balik apabila apabila Wahyu 11: 15 digenapi sesuai dengan nubuatan nabi Zechariah dalam Zak. 14: 6-7.

    Ulasan di bawah adalah ringkasan misi 'nama' Tuhan menurut pemahaman penulis, dan hubungkaitnya dengan 'pagi' dan 'petang' dalam Karya keselamatan umat manusia. Penyelamatan umat manusia yang luka adalah ajaran yang diturunkan dari pengajaran Imam Agung Sorgawi menurut Ordo Melchizedec. Dari Ordo Sorgawi inilah pengajaran 'jalan penebusan' ('altar') dinyatakan kepada hamba-hambaNya. Kenapa Allah Bapa mengutus dan menyatakan 'nama' kepada hamba-hambaNya melalui ungkapan ibadah 'altar'?  Perutusan 'nama' yang diungkapkan oleh ajaran 'altar' adalah cara Ordo Melchizedec berkerja di dalam 'menabur dan menuai.' Ini merupakan salah satu rahasia Sorgawi.  Oleh kerana Firman adalah Roh Nubuat, maka 'nama' Nya (Kristus) adalah Firman Tuhan (Wahyu 19: 13). 

    Kesaksian Kristus adalah roh nubuat. Apa yang difirmankan oleh YHVH adalah firman Kristus juga, dan apa yang difirmankan oleh Roh Kudus adalah firman dari Allah Bapa juga. Mereka ('nama' Tuhan) mempunyai firman yang 'satu' dan juga 'satu' roh Tuhan! They are sharing the same the Word of God! Ada satu rahsia tentang 'pengaliran' perutusan 'nama' Tuhan. Apabila 'nama' Tuhan mengalir memberkati manusia di bumi, maka ia akan mengalir sebagai the Covenanted name of God dan juga ia mengalir sebagai the Immutable name of God. 

    Kedua-dua pengaliran 'nama' Tuhan tersebut tidaklah dapat dipisahkan! The Covenanted name of God menjurus kepada urusan "menabur dan menuai" di bumi yang dijamin dan diikat dengan syarat-syarat perjanjian. The immutable name of God menjurus kepada 'sifat-sifat' roh Tuhan yang senantiasa mengalir menurut 'sifat-sifat' Tuhan yang tidak berubah (immutable). Maka, the Immutable name of God tidaklah semestinya tertakluk kepada syarat-syarat Perjanjian. Kita akan lihat kisah kehidupan Nabi Daniel, dan para sahabatnya, di mana mereka ternyata tidak lagi dikenan oleh YHVH. Yang tidak berkenan itu ialah the Covenanted name of God (rujuk 2Raja-Raja 23: 27). Mereka ternyata telah melanggar syarat-syarat perjanjian Tanah Suci, sebab itulah mereka telah menjalani hukuman dalam pembuangan di Babylon

    Akan tetapi mereka  masih juga dapat menyeru 'nama' Tuhan, kerana sebagai nabi-nabi, sudah tentu mereka adalah penerima kasih karunia yang diberikan karunia the fear of the Lord, maka mereka dapat berharap dan bersandar kepada sifat-sifat Tuhan yang tidak berubah! Dalam erti kata lain, mereka dapat menyeru 'nama' Tuhan yang disebut the Immutable name of God

Apakah itu Immutable 'name' of God? 

    Ia seringkasnya merujuk kepada pengaliran roh Tuhan dengan 'sifat-sifat' roh Tuhan yang tidak akan berubah, sebagaimana pemberitaan Tuhan sendiri tentang 'sifat-sifat-Nya' seperti dalam petikan ayat kitab Keluaran 345-7. The Covenanted name of God, sememangnya, adalah roh yang satu dengan the Immutable name of God! 'Nama' Tuhan seperti 'mercy,' kasih, panjang sabar, setia dan adil, Yang benar (righteous) dan setia, taat mengampuni, tidak bercacat-celah, dan kudus adalah diantara 'nama' Tuhan yang tidak berubah (the Immutable name of God). Nama Tuhan seperti YHVH, Domba Tuhan, Raja Damai, atau Yeshua Kristus adalah contoh 'nama' Tuhan yang disebut the Covenanted name of God bagi era Perjanjian Baru! 

    'Nama' Tuhan yang immutable itu dapat merentasi semua perjanjian-perjanjian termasuk di luar perjanjian! Dalam hal ini, benarlah firman Tuhan bahawa the Spirit gives without measure! Sebagaimana yang kita dapat lihat dalam kehidupan nabi Daniel di Babylon; 'nama' Tuhan yang Immutable itu, ternyata masih turut serta berkerja di Babylon, meskipun jelas sekali bahawa Daniel dan para sahabatnya tidak lagi memenuhi syarat (syarat-syarat Perjanjian) untuk menyeru the Covenanted name of God! Daniel yang mempunyai karunia the fear of the Lord sebenarnya menyeru 'nama' Tuhan yang immutable, iaitu 'mercy.' Sebab itu, doanya berbunyi: "We plead mercy from the God of Heaven." Dan 'mercy' itu adalah 'nama' Tahun yang immutable (lihat Psalm 103 mengenai dengan 'mercy' Tuhan).  

The Covenanted name of God 

    Ia mempunyai pembukaan 'pintu' dan 'penutupan' pintu Perjanjian dengan roh Tuhan. 'Pembukaaan' dan 'penutupan' pintu Perjanjian didahului dengan upacara 'altar' menurut pengupacaraan Ordo Melkisedek! Contohnya, YHVH perlu upacara 'altar' di Tabernakel supaya 'pengupacara', iaitu Imam keturunan Harun dapat memasuki hadirat YHVH yang akan hadir di bilik yang Maha Suci! 'Pintu' Raja Damai telah menawarkan dan menganugerahkan 'pintu' roh Tuhan kepada semua umat manusia dengan meterai perjanjian, iaitu curahan roh Pentakosta.  Pencurahan secara rasminya dilaksankan hanya apabila upacara 'altar' yang hanya satu kali sahaja pengupacaraannya selesai. PengupacaraNya dan korban penebusnya adalah sempurna dan tidak bercacat celah, iaitu Imam menurut Ordo Melkisedek: Domba Tuhan--Yeshua Kristus. 'Pintu' Perjanjian Perdamaian akan ditutup sepenuhnya apabila 'langit' memberitakan atau menampakkan 'tanda' seperti pemberitaan 'langit' dalam Matius 24: 29! Maksudnya, Hakim yang turun ke bumi akan menutup 'pintu' Raja Damai! Sebagaimana, 

    Korban Yeshua Kristus telah menutup sepenuhnya 'pintu' hadirat YHVH di Tabernakel di Yerusalem! Jadi, hadirat YHVH di Tabernakel hilang! Dan, demikianlah juga hadirat Raja Damai akan hilang dalam gereja sedunia, kerana Hakim akan sepenuhnya menutup 'pintu' Raja Damai dalam Perjanjian Perdamaian! Orang-orang percaya akan belajar menyeru 'nama' Tuhan tanpa bangunan-bangunan fizikal gereja. Maksudnya, advocacy of Christ perlu ditutup untuk memungkinkan 'pintu' Hakim itu dibuka. Dan, 'pintu' Hakim itu hanya dapat ditembusi oleh mereka yang menganuti kerohanian seperti the five wise virgins! Mereka yang telah belajar berdoa memasuki 'kamar terdalam.' Bahtera Noah sebenarnya nubuat yang dapat mengungkapkan rahasia perjanjian. Dalam Perjanjian, ada penutupan 'pintu' Perjanjian, sebagaimana yang disingkapkan oleh kisah Bahtera Noah dan 'elect,' iaitu semua jenis binatang berpasangan yang 'terpilih', seolah-olah  mereka semua telah memasuki suatu Perjanjian, iaitu Bahtera Noah.

    The immutable 'name' of God senantiasa terbuka sepanjang masa, dan ia disebut the ancient gates of the Most Holy OneThe ancient gates ini tidak pernah tertutup, namun siapakah yang menembusi pintu yang 'pure' suci itu? Tidak ada yang 'impure' yang dapat menembusi 'pintu' itu. 'Pintu' itu pernah dinyanyikan oleh Raja Daud, yang dikatakan amat karib dengan roh Tuhan (close to the heart of God), dalam Mazmur 247
"Lift up your heads, O gates! And be lifted up, O ancient doors! That the King of glory may come in." Para malaikat bernyanyi siang malam tanpa henti-henti memuji-muji Raja Kemuliaan, sehingga pintu itu tidaklah pernah tertutup! Dan, 'kunci' bagi the ancient doors adalah the fear of the Lord. Lirik tersebut (Mazmur 24:7) merujuk kepada the Immutable name of God yang pernah diseru oleh semua nabi-nabi! 

    Semua nabi-nabi dikaruniakan
 the fear of the Lord, the spirit of understanding and the spirit of wisdom, dan mereka menyeru 'nama' Tuhan yang tidak berubah itu (immutable), walaupun mereka ternyata melanggar Perjanjian seperti nabi Daniel, nabi Ezekiel, Nehemia dan nabi-nabi lain yang pernah masuk dalam pembuangan ('exiles' or 'Diaspora')! 

    Ketika kita ditakdirkan masih hidup kelak, pada masa Judgment
 of Christ, sememangnya, kita akan dituntut 'roh' pengertian mengenai aliran 'nama' roh Tuhan. Ketika Judgment berlangsung, 'pintu' Perjanjian Perdamaian itu akan seolah-olah ditutup, maka semua orang percaya perlu mengenali the Immutable name of God.    Kristus itu sama kelmarin, hari ini dan selama-lamanya, namun kita harus ada hikmat. Pintu apa yang telah 'ditutup' dan pintu apa pula yang akan 'dibuka'? Maksudnya, Hakim itu adalah Kristus yang kembali, namun kita perlu tahu bahawa 'pintu' Raja Damai akan ditutup oleh 'nama' Hakim! Dan, 'pintu' Hakim pula yang akan 'dibuka.' Jadi yang the Immutable name of God itu apa? Itu adalah 'karya'  roh Tuhan yang senantiasa mengalir dari 'sifat-sifat' Roh Tuhan yang tidak pernah berubah. 'Nama' Tuhan yang Immutable itu mempunyai 'pintu' roh yang disebut the ancient gates! 

YHVH dan missionNya

(1) "Aku adalah Aku" dalam Keluaran 3:14 merupakan "nama" Tuhan atau fokus misi-Nya untuk menggenapi janji-janji-Nya yang diberikan kepada Abraham, serta menunaikan penggenapannya kepada pewaris janji, iaitu Yakub yang kemudiannya diutus oleh Tuhan dengan "nama" Israel. Dua belas suku kaum Israel merupakan "perempuan" yang menggenapi nubuat Ilahi dalam Kejadian 3:15–16. Perempuan tersebut melalui dua perjanjian, iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.

Anak sulungnya ialah Mesias yang dijanjikan. Bangsa-bangsa lain yang percaya kepada Raja Israel yang kekal abadi itu dinubuatkan sebagai "anak-anak" (offspring) (Wahyu 12:17). "Nama" Tuhan dalam Keluaran 34:5–7 menjurus pengaliran "nama" Tuhan yang tidak berubah (the immutable name of God); "nama" tersebut tidak tertakluk pada syarat-syarat Perjanjian! Meskipun mereka melanggar syarat-syarat Perjanjian Tanah Suci, "nama" tersebut kekal tidak berubah (Keluaran 34:5–7).

(2) Menganugerahkan kebebasan daripada perhambaan di Mesir kepada bani Israel yang diperhambakan selama 400 tahun melalui "upacara" pendamaian, iaitu "Paskah TUHAN".

(3) Menganugerahkan Firman, iaitu Taurat, supaya Kerajaan Imamat mempunyai asas hukum-hukum Tuhan yang suci untuk pewujudan kerajaan teokrasi di Tanah Suci. Selain itu, mengikut roh profetik, Taurat berfungsi sebagai Firman yang menjadi "bayangan" atau mesej tipologi kasih Kristus atau "asas-asas pekerjaan roh", iaitu sandaran kepada pekerjaan Kristus kelak seperti sabda-Nya dalam Lukas 24:44 untuk pewujudan karya Tuhan dalam Perjanjian Baru. "Asas", iaitu "Taurat", dalam perumpamaan membina bangunan tidaklah dibatalkan, sebaliknya menjadi dasar yang "tidak bercacat cela" bagi penyiapan kerja-kerja pembinaan seterusnya.

Orang yang percaya kepada Yeshua akan menjadi struktur binaan rumah tersebut kerana roh manusia ialah "Bait Allah" bagi Roh Kudus yang turun. Cara rumah tersebut dibina semuanya adalah mengikut Firman-Nya (Lukas 24:44). Oleh sebab itu, Taurat tidak dibatalkan oleh Yesus, melainkan digenapi, atau dalam bahasa mudahnya, "kerja diteruskan sehingga sempurna (siap)". Taurat tetap menjadi salah satu dasar pekerjaan Roh Tuhan seterusnya; dasar yang lain ialah nubuat para nabi dan lirik-lirik dalam Mazmur. Kesemua dasar tersebut memberitakan Pribadi Ilahi, Allah Anak, iaitu Yesus Kristus. Maka, "Dasar" pekerjaan Roh Tuhan juga disebut "Yesus Kristus", kerana "Nama-Nya ialah Firman Allah" (Wahyu 19:13b). Dalam kata lain, frasa tersebut bermaksud "Pekerjaan-Nya atau Karya-Nya ialah Firman Allah". Pekerjaan manusia daging adalah berdasarkan pemikiran mereka, maka kita dapat melihat frasa pekerjaan manusia: "makan dan minum, berkahwin dan dikahwinkan, membina kota, serta membeli atau menjual". Sebaliknya, Firman ialah "roh", maka pekerjaan Tuhan ialah "roh" dan hidup, iaitu Allah Bapa, Kristus, dan Roh Kudus!

Manusia di menara Babel kuno mencari "nama" dan nama yang dicari oleh umat manusia itu merupakan pekerjaan "daging" yang berpusat pada kapasiti intelek manusia (Kejadian 11). Oleh sebab itu, misi YHVH sebenarnya menyingkapkan dasar-dasar pekerjaan 'nama' yang diutus oleh Allah Bapa, iaitu Domba Allah, atau misi "Kristus", sebagaimana pengakuan-Nya dalam Lukas 24:44.


(4.) 'Nama' YHVH juga menjadi Raja dan Tuhan kepada kerajaan Imamat dan bangsa kudus Israel di Tanah Suci yang dijanjikanNya kepada Bapa Abraham, Ishak dan Yakub.

(5.)  'Pagi' bagi 'nama' itu untuk bani Israel bermula pada upacara Paskah Tuhan di Mesir.  Manakala 'petang'nya adalah pada Salib Yesus iaitu Paskah Tuhan oleh Domba Tuhan. Kerana Raja Damai telah menutup 'pintu' hadirat YHVH di Tabernakel. Raja Damai telah membukakan 'pintu' kepada semua bangsa melalui hadirat curahan Roh Pentakosta!

(6) Menyediakan 'dasar' karya Kristus iaitu menurut Lukas 24: 44.

YESUS, Anak Tuhan Yang Mahatinggi 

(1. ) Fokus MissionNya adalah memberikan Jalan, Pintu, dan Kunci kepada semua  bangsa di dunia, yaitu manusia yang 'luka' yang tertulis namanya dalam Buku kehidupan dan percaya kepada "Dia yang diutus Bapa."
(2.)    Melayani sebagai Anak Manusia dalam pelayanan seperti nabi--Penabur.
(3.) Menggenapi 'jalan penebusan' dengan melakukan pekerjaan Domba Tuhan, dan menganugerahkan pencurahan Roh Kudus sebagai Hadirat Immanuel Tuhan di antara umatNya sebagaimana yang tertulis dalam semua Taurat, nubuat nabi-nabi dan Mazmur (Luke 24: 44).
(4) Nama 'Domba' diutus untuk menyelamatkan mereka yang tertulis namanya dalam Buku kehidupan. (Yoh.1: 29-34; Yoh. 3: 16-17).
(5.) Melayani sebagai Pengantara yang duduk disebelah kanan Bapa menurut Ordo Melkisedek.
(6.) 'Pagi' bagi nama Domba adalah kematian Yesus, dan 'petangnya' adalah apabila ia kembalinya sebagai Hakim, iaitu tanda di langit kelihatan 'matahari diufuk barat dalam penglihatan 'roh.' (Zechariah 14: 7).  Apabila ia kembali, ia tidak berkerja lagi sebagai Raja Damai. Ia kembali sebagai Raja Hakim, Raja Penghukuman, dan Raja Keadilan. 'Pemberitaan langit' dalam Matius 24: 29, Zakharia 14: 6-7, Yoel 2: 31, Kisah 2: 20 dan Wahyu 6: 12-14 jelas menyingkapkan tentang 'nama' Tuhan yang diutus, iaitu Hakim, dalam kedatangan Kristus yang ke-dua. (Lihat Mazmur 19: 1-2 dan Mazmur 50: 1-6).


ROH KUDUS. (The Omnipresence's 'shadow' of the Father, on earth).


(1.) Fokus MissionNya adalah sebagai HADIRAT atau meterai Bapa di bumi, yang menganugerahkan KEKUATAN dan DAMAI sejahtera kepada umatnya. 
Penumpahan darah tanpa Roh Kudus yang turun adalah umpama dokumen rasmi Perjanjian yang bertanda tangan tanpa cop rasmi!
(2.) Sebagai Roh Kebenaran dan Roh Penghiburan akan realiti peribadi dan hadirat Ilahi. Justeru itu, tidak ada manusia yang mengenal kehendak-kehendak 'Bapa segala roh,' jika Roh Kebenaran atau Roh Tujuh Lapis tidak diutus oleh Bapa. (Amsal 9: 10; Kebijaksanaan Salomo 9: 13, 17). 
(3.)   Roh yang menginsafkan akan dosa dunia dan akan penghukuman.
(4.) Roh yang meneruskan Karya Perdamaian oleh Raja Damai yang dianugerahkan oleh Kayu Salib.
(5.)  Ia adalah 'Roh' doa untuk semua orang percaya (Spirit of Prayer). Ketiadaan hadirat Roh Kudus menjadikan doa itu jadi sehala dan bukan dua hala.
(6.)  Morning dan evening Roh Kudus adalah mengikut siapa 'nama' Tuhan yang diupacarakan pada Altar Melkisedek, atau yang sedang berkarya mengikut 'nama' Tuhan yang telah diupacarakan melalui upacara Altar Melkisedek di bumi atau di Sorga! Jika YHVH yang diupacarakan sebagai berkat di bumi, maka Roh Kudus akan mengalir menuruti misi YHVH; Jika 'nama' Raja Damai yang diupacarakan, maka Roh Kudus akan emmanuel mengikuti agenda Raja Damai, dan jika 'nama' Hakim yang diupacarakan pada Altar Melkisedek di Sorga, maka Roh Kudus akan menuruti segala 'kehendak' Hakim ke atas penduduk bumi. Ia datang 'di' dan pergi 'dari' atas sumbu roh manusia.  Jika Raja YHVH yang beroperasi, maka Roh Kudus melaksanakan operasi /mission YHVH.  Maka, jika Raja Damai yang beroperasi, maka Roh Kudus melaksanakan operasi Raja Damai selama mana 'pintu' Raja Damai belum ditutupkan. Bila Yesus kembali sebagai Hakim, Roh Kudus juga akan melaksanakan operasi penghukuman, pengadilan, dan penghukuman sebagaimana 'misi' Hakim yang telah kembali ke bumi.

Raja Segala  Raja: Raja Hukuman, Raja Penuh Keadilan yang kembali ke bumi.  Kuasa sebagai Hakim menurut perutusan Allah Bapa.

(1.)  Fokus MissionNya: mengasingkan lalang dari gandum oleh malaikat-malaikat yang di arahNya.  Gandum diberikan transformasi roh.  Manakala, lalang dikumpulkan dan dibakar.
(2.)  Berperang melawan binatang-binatang (rulers) di bumi, supaya ternyata Kristus Yesus memberikan keadilan. Senjatanya adalah Firman Allah (api): ... guruh, halilintar,puting-beliung, gempabumi, ribut-salji. ''Jalan" Hakim di bumi berjalan di dalam 'puting beliung' atau 'badai' (Lihat Nahum 1: 3).  His way is in the whirlwind and the storm, and clouds are the dust of his feet (Nahum 1: 3b).
(3.)  Memperbaharui bani supaya dengan janji pemulihan spiritual kepada 12,000 setiap suku bangsa. Jumlahnya, 144,000 (Wahyu 7).  Inilah pemulihan bani Israel yang spiritual. "...tulang-tulang ini adalah seluruh kaum Israel.." Yehezekiel 37:11. (Lihat Kisah Para Rasul 1: 6-11; Yehezekiel bab 36 hingga bab 48)
(4.) Mengangkat dan memberi upah kepada semua yang tertulis namaNya dalam Buku Kehidupan supaya mereka diberikan bahagian dalam Kerajaan-Nya. Lalu malaikat yang ketujuh meniup sangkakalanya, dan terdengarlah suara-suara nyaring di dalam sorga, katanya: "Pemerintahan atas dunia dipegang oleh Tuhan kita dan Dia yang diurapi-Nya, dan Ia akan memerintah sebagai raja sampai selama-lamanya."  "...dan semua bangsa telah marah, tetapi amarah-Mu telah datang dan saat bagi orang-orang mati untuk dihakimi dan untuk memberi upah kepada hamba-hamba-Mu, nabi-nabi dan orang-orang kudus dan kepada mereka yang takut akan nama-Mu, kepada orang-orang kecil dan orang-orang besar dan untuk membinasakan barangsiapa yang membinasakan bumi."(Why 11:15,18)

(5.)  Mempersediakan kerajaan Teokrasi Kristus di bumi selama 1,000 tahun.

(6.)  Menangkap si ular tua dan juga nabi palsu.

"...ia menangkap naga, si ular tua itu, yaitu Iblis dan Satan. Dan ia mengikatnya seribu tahun lamanya,lalu melemparkannya ke dalam jurang maut, dan menutup jurang maut itu dan memeteraikannya di atasnya, supaya ia jangan lagi menyesatkan bangsa-bangsa, sebelum berakhir masa seribu tahun itu; kemudian dari pada itu ia akan dilepaskan untuk sedikit waktu lamanya."(Wahyu 20:2-3)

(7.)  Menyiapkan maksud Firman-Nya atau menyempurnakan Firman yang telah dinyatakan kepada manusia bumi (Luke 24: 44). MisiNya atau "NamaNya: Firman Allah" (Why19:13).

(8). KedatanganNya yang pertama sebagai "Firman menjadi manusia" bukanlah untuk menghakimi, tetapi untuk melaksanakan penebusan umat manusia.  KedatanganNya yang kedua adalah untuk 'menghakimi;' Ia membuat 'putusan' ke atas perempuan (Israel Perjanjian Baru), pelacur (Israel Perjanjian Lama), binatang-binatang, dan anak-anak.

    In every revealed Divine name, there are 'morning' and 'evening' of it. Nonetheless, His heart is eternally immutable. And in every end, there is the beginning of it.  Therefore, the Divine Spirit says " I make known the end from the beginning,from ancient times, what is still to come. I say, ‘My purpose will stand, and I will do all that I please.’ (Isaiah 46: 10, NRSVCE).

"5...Then the Lord my God will come, and all the holy ones with him.  6 On that day there will be neither sunlight nor cold, frosty darkness. 7 It will be a unique day—a day known only to the Lord—with no distinction between day and night. When evening comes, there will be light. (Zechariah 14: 5c, 6-7, NRSVCE).

    The Lord surely begins a new mission, when the 'evening' of His former revealed 'name' has come to the appointed time of the Lord.  Thus, when his 'name' comes to the completion of that name, the Lord says "when evening comes, there will be Light.  The returning light points to 'new' mission of Christ.  The former was the Prince of Peace, the coming name is Seven Spirit, Seven Horns and Seven eyes. He whose face shines like a sun in its all brilliance.
____________________________________
Apakah 'spoken words' Roh  Tuhan hari ini?
"My spoken words are Spirit." (John 6: 63, NRSVCE).

"...sekarang, pekerjaan-pekerjaan pemerintah dunia atau 'nama' manusia sungguh, merosakkan 'anggur' dan 'minyak.' Hanya 'appointed time' yang ditentukan Bapa sahaja yang kita tunggu, Hakim dan penuaiNya, memulakan 'peperangan.' Pastinya, Raja Damai tidaklah maju berperang melainkan Adonai Avi Ha Gevurah dalam namaNya 'Hakim.' "
                       ....Mannaseh, 2015...
___________________________________

"What I tell you in the DARK, speak in the daylight; what is whispered in your ear, proclaim from the roofs." (Matthew 10: 27, NIV)
 27 What I say to you in the dark, tell in the light; and what you hear whispered, proclaim from the housetops (Matthew 10: 27, NRSVCE).

     All wounded men, who are not reconciled to God, walk in darkness or separated from the Light (the realities of God or the presence of the Holy Spirit). And, even believers who walk without the presence of the tongue of fire that lights up the wick of their spirits, are considered walking in the dark. Thus, the Lord exhorted and counselled those who walk in the dark, so that they keep trusting in the name ('mission') of the Lord. Our wounded predisposition causes us to be easily to light up our own fires as according to our intellectual reasoning (the center of the flesh).  Without the Light above our heads or the presence of the Holy Spirit aflaming at our 'wicks,' then even the spiritually grown up Christians might be staggering during the prophesied distress.

"Who among you fears the Lord
    and obeys the word of his servant?
Let the one who walks in the DARK,
    who has no light,
trust in the name of the Lord
    and rely on their God.
11 But now, all you who light fires
    and provide yourselves with flaming torches,
go, walk in the light of your fires
    and of the torches you have set ablaze.
This is what you shall receive from my hand:
    You will lie down in torment."
(Isaiah 50: 10-11, NRSVCE).


Rujukan petikan Firman versi Indonesia.
_________________

Bernadus, Dominicus. Alkitab Suci: eKatolik versi iOS. <https://www.Facebook.com/bernadus.dominicus>